Thursday, 8 May 2014

AMMAN: Sebuah rancangan debat mengenai kebebasan media di Syria yang menampilkan dua wartawan kanan dalam sebuah program televisyen di Jordan jadi terlalu panas dan tidak terkawal sehingga merosakkan set di studio televisyen itu.



Program debat Bayn Etijihayn itu mempertemukan antara pengerusi Persatuan Media Elektroik Jordan, Shaer Al-Johari dengan ketua pengarah laman web berita site al-Mustaqbal al-Arabi, Mohammed Al-Jayousi.

Program diskusi itu jadi hangat dan hampir mencetuskan pergaduhan apabila Mohammed menuduh Shaer sebagai "sesat" kerana menyokong revolusi Syria. Shaer membalas tuduhan itu dengan mendakwa Mohammed telah dibayar untuk menyokong perubahan rejim di Syria.
Dua wartawan kanan itu kemudian bangun dan berlaku insiden yang tidak pernah dibayangkan oleh mana-mana penerbit program televisyen. Rancangan debat itu kemudiannya terpaksa dihentikan serta-merta.

Ini bukan kali pertama sebuah program debat di televisyen Jordan bertukar jadi peristiwa yang tidak dapat dilupakan. Pada 2012, seorang ahli parlimen melemparkan kasut kepada seorang aktivis yang menjadi panel program bersamanya dan selepas itu mengacu pistol. Dia bagaimanapun tidak memetik picu pistolnya itu. -- Agensi

KLIK VIDEONYA DI BAWAH

wartawan jordan gaduh

No comments:

Post a Comment