Tuesday, 6 May 2014

Apa itu Kibod?



Apa itu Kibod?

Kibod merupakan sejenis alat muzik berpic mirip organ dan piano tetapi menggunakan kuasa elektrik untuk memainkannya. Keyboard atau kibod dicipta dan diubahsuai semula dengan perkakasan elektronik. Konsep asal alat muzik Organ menggunakan tenaga salur paip angin dimainkan di gereja-gereja di benua Eropah pada zaman Barok lagi pada awal abad ke 15.

GAMBAR 1
Gambar 1 menunjukkan alat muzik organ berpaip telah wujud di zaman Renaissance dan di awal Zaman Barok

Sistem alat muzik kibod ‘Organ’ berfungsi dengan menggunakan tenaga udara yang disalurkan melalui silinder paip yang tersusun mengikut tiap bilah papan nadanya. Kibod memerlukan sumber tenaga secara terus atau menggunakan bateri biasanya bateri kering bagi memainkannya. Kibod juga mempunyai susunan papan nada atau keys yang tertentu bilangan oktafnya mengikut jenis dan model ciptanyanya sama seperti piano atau organ. Ada pelbagai jenis dan jenama kibod dari model yang lama hingga kepada yang baru mengikut perubahan dan keperluan semasa..

 

GAMBAR 2


Gambar 2 di atas menunjukkan bagaiman sistem alat muzik kibod ‘Organ’ berfungsi dengan menggunakan tenaga udara yang disalurkan melalui silinder paip yang tersusun mengikut tiap bilah papan nadanya.

Jenis-Jenis Kibod
 

Pihak pengeluar kibod berjenama sentiasa berlumba untuk menghasilkan kibod yang terbaik atau dengan lebih tepatnya alat-alat muzik yang terbaik.Dengan ini terhasillah berbagai jenis kibod dari yang sederhana kepada yang agak canggih ciptaannya. Setiap pengeluar mengeluarkan berbagai-bagai model mengikut kemampuan pengguna dan juga keupayaan pengguna itu sendiri. Kualiti sesebuah kibod pula bergantung kepada berapa banyak keupayaannya berfungsi serta beroperasi dengan mudah semasa memainkannya. Jenis kibod yang ringkas dan agak sederhana buatannya hanya mampu menyediakan bilangan ton atau bunyi alat muzik serta beberapa jenis rentak (Style & Rhythm). Selain daripada itu kemampuannya terhad untuk diprogramkan atau dibuat rakaman main semula.

Cara kibod beroperasi berbeza di antara jenis-jenis model ciptaannya. Jenama kibod yang biasa digunakan serta terkenal ialah seperti YAMAHA, CASIO RHODES, TECHNICS dan KORG. Ada beberapa lagi jenama kibod yang harganya tidaklah mahal sekadar menyebut sebilangannya mampu dimiliki oleh seseorang yang ada minat dalam bidang muzik. Mengikut klasifikasi, alat-alat muzik keyboard terbahagi kepada tiga jenis iaitu kordofon, aerofon dan elektrofon. Antara alat-alat muzik keyboard ialah piano, organ, piano akordian dan synthesizer. Terdapat juga kibod yang memerlukan alat pembesar suara (speaker) untuk dimainkan dan ada jenis model yang sudah dibina pembesar suara (speaker) di dalam kibod itu sendiri.

Piano
 

Antara alat muzik keyboard yang paling popular ialah piano. Piano pertama telah dibuat di Florence, Itali pada tahun 1700 oleh Bartolommeo Cristofori. Beliau mendapat ilham untuk mencipta piano dengan mengambil contoh alat harpsikord yang begitu popular pada masa itu. Walau bagaimanapun, piano mengambil masa seratus tahun untuk mengatasi populariti harpsikord. Terdapat dua jenis piano yang sering dimainkan iaitu grand piano dan piano tegak. Untuk persembahan muzik profesional, grand piano menjadi pilihan kerana bunyinya yang lebih besar. Piano tegak selalunya digunakan sebagai alat muzik yang dimainkan di rumah.

Piano moden mempunyai papan jejari dalam lingkungan tujuh oktaf yang membolehkan pemain piano memainkan muzik seperti sebuah orkestra. Dalam apa-apa muzik sekalipun sama ada jaz, pop rock mahupun klasikal, piano tetap menpunyai kedudukan sebagai alat muzik terpenting kerana kemampuannya menjadi alat melodi dan juga iringan.

Organ

Organ terbahagi kepada dua klasifikasi. Organ jenis aerofon ialah organ berpaip yang biasanya digunakan di gereja. Ia menggunakan kuasa angin yang dipam melalui paip-paip khas. Jenis yang kedua ialah organ eletrofon atau moden yang menggunakan kuasa elektrik untuk meghasilkan bunyi. Organ ini lebih ringan, mudah alih dan jauh lebih murah berbanding dengan organ aerofon. Ini menjadikannya alat muzik yang sesuai untuk persembahan konsert serta digunakan di gereja kerana kemampuannya meniru bunyi yang hampir sama dengan organ paip.
Pada sekitar tahun 1930 an di Amerika Syarikat, organ elektrik yang paling popular ialah organ harmonium. Ketika era muzik rock dan blues pada tahun 1960 an, muncul pula organ elektronik. Organ elektronik meggunakan kaedah litar elektronik yang lebih mudah untuk menghasilkan bunyi. Hasilnya, organ ini lebih kecil saiznya serta mudah alih selain harganya yang murah. Organ jenis ini menjadi alat muzik kegemaran pemuzik-pemuzik kontemporari.
Apa Kelebihannya Kibod?
Kelebihan utama kibod ialah keupayaannya berfungsi sebagai alat muzik ‘All in One’ dan menjadi begitu canggih serta menakjubkan dunia muzik hari ini. Semua kibod adalah kromatik dan dilengkapi dengan pelbagai warna ton serta renj pic yang baik. Melodi dan harmoni boleh dimainkan secara serentak diiringi dengan automatik bassnya. Antara kelebihan kibod ialah;

No comments:

Post a Comment